Thursday, May 2, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Antara Sunah memberi salam seperti berikut:

   1- Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
   2- Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
   3-Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
   4-Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
   5-Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
    6-Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
   7-Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
    8-Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
    9-Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
    10-Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
    11-Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
    12-Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
    13-Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
    14-Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
    15-Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.

No comments:

Post a Comment