Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang
berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam
tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di
dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang
baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya
kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni..
nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen
tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam
tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih!
Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas
tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik
saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu
bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi
wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual
harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?
Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"
Semoga Bermenfaat!
“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT” Jika dibaca penuh penghayatan http://bit.ly/FTRocanebook
Thursday, June 27, 2013
Sessi penyampaian sijil
Alhamdulillah..Syukur tak terhingga di panjatkan pada Allah.
Gembiranya muka mereka dapat menamatkan sessi pembelajaran.
Semoga ilmu akan dimanfaatkan untuk diri dan rakan yang lain juga.
Gembiranya muka mereka dapat menamatkan sessi pembelajaran.
Semoga ilmu akan dimanfaatkan untuk diri dan rakan yang lain juga.
Kelas mengaji dewasa Al-Baghdadi
Murid-murid kelas dewasa sedang khusyuk belajar. Full participant.
Kami juga ada menyediakan kelas dewasa.
Hubungi 019-266 2271 untuk maklumat lanjut.
Kami juga ada menyediakan kelas dewasa.
Hubungi 019-266 2271 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)