Thursday, April 12, 2012

RADIKAL BEBAS --apa itu?

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas terhasil dari aktiviti metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra violet, zat kimiawi dalam makanan dan pencemaran.Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronik, dan mengambil masa bertahun-tahun untuk dikesan iaitu seperti serangan jantung dan kanser.Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas ini, tubuh kita memerlukan agen anti oksida seperti koko dan Melilea Greenfield Organik.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutrkan radikal bebas ini secara semulajadi tetapi apabila jumlahnya terlalu banyak, kemampuan badan kita akan berkurangan.Merokok contohnya,merupakan satu cara menambah radikal bebas ke dalam tubuh. Apabila kita merokok, atau menghidu asap roko,tubuh akan bertindak balas mengeluarkan racun dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. Itu sebabnya , kegiatan merokok tiada faedah langsung, walau pun dapat ditemui perokok yang berusia panjang.

Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga menghasilkan sel-sel mutan dan seterusnya membuat sel-sel DNA kita berubah lalu terbentuklah sel-sel kanser (setelah bertahun-tahun.).

KOKO dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam tubuh.
Untuk lebih lanjut hubungi 019-2662271-Diana

No comments:

Post a Comment