Friday, August 4, 2017

ujian Allah tanda sayang

Apabila Allah uji kita dengan sesuatu kesusahan atau keperitan tu Dia nak kita berfikir dan kembali balik kepada-Nya.

Mungkin sebelum ni kita lalai menunaikan perintahnya.

Allah nak naikkan darjat kita. Itu sebab Allah beri kita ujian.Dia nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

Allah itu Maha baik. Kita sahaja yang tidak tahu apa perancangan Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat-sangatlah teliti sehingga kita pun tak terjangka dek akal kita yang terbatas ni.

Bersangka baik selalu terhadap apa yang Allah sudah tetapkan buat kita.

Kita hanya insan biasa yang sangat memerlukan Allah dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.

Semoga Allah sentiasa dalam hati kita selalu.

Aamiin ya Mujib

http://bit.ly/FTRocanebook

#FormulaTarikRezeki
#BestSeller

No comments:

Post a Comment