Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda
yang bermaksud "sesiapa membaca pada waktu pagi doa ini,ia pasti
dilindungi daripada syaitan hingga ke petang.
( Riwayat Ibn al-Sunni)
“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT” Jika dibaca penuh penghayatan http://bit.ly/FTRocanebook
Saturday, April 27, 2013
Apa Ada dengan Bismillah?
Apa Ada dengan Bismillah?
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.
petikan dari http://cintasangputeri.blogspot.com/2011/08/ramadhan-kelebihan-bismillah.html

SURAH AT-TAUBAH ayat 128 -129
SURAH AT-TAUBAH ayat 128 &129
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
jom sama2 kita amalkan!! IN SHA ALLAH akan dipermudahkan segalanya oleh ALLAH.

Kelebihan solat 5 waktu di awal waktu dengan wudhuk yng sempurna:

1. Rezekinya diberkati
2. Diangkat azab kubur
3. Menerima buku catatan dari tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk syurga tanpa hisab
Wednesday, April 10, 2013
Tahukah anda Masjid Quba?
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Di masjid ini jugalah SOLAT JUMAAT pertama didirikan.
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Masjid Quba ini digunakan sebagai tempat ibadah, dewan pengaturan tata negara, mengatur strategi peperangan, pusat perkembangan pendidikan, hospital yang merawat mangsa perang, mahkamah yang mendamaikan dan menyelesaikan sengketa, tempat menerima utusan delegasi dan tamu, pusat penerangan, dan pembelaan agama.
Tuesday, April 9, 2013
Ya Allah bantulah umat Islam di dunia.Semoga kami dan keturunan kami teguh dalam Islam.
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------- -------------------------- ---------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

--------------------------

Doa mohon dicukupkan keperluan
Doa mohon dicukupkan keperluan
Firman Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar. (at-Taubah: 129)
Keterangan ayat
Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.
Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)

Sunday, April 7, 2013
Ya Allah,ampunilah dosa kami
“Berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya
orang yang enggan beribadat dan berdoa kepada Aku akan dimasukkan ke
dalam neraka dengan segala kehinaan.” (Surah Ghafir, ayat 60)
Subhanallah
"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri
serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara,
pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang
lalai."
(surah al-A'raf: 205)
Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.

Saturday, April 6, 2013
Tanda berhenti di dalam Al-Quran.
Tanda berhenti di dalam Al-Quran.
Hafal,Ingat dan amalkan semasa membaca Al-Quran.
Jom belajar lagi di Al-Baghdadi Seksyen 8,Shah Alam.
Hubungi 019-266 2271 sekarang.

Kelas Dewasa
Kyushuk depa belajar Tajwid...
Kelas dewasa yang akan memasuki Kelas Talaqqi pada April ini.
AlHAMDULILLAH,dah boleh menguasai hukum Tajwid dan panjang pendek bacaan.
Mereka bermula dari kelas Asas dewasa pada Oktober 2012.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-2662271
Al-Baghdadi Seksyen 8,Shah Alam

IQLAB
IQLAB
Menurut bahasa : Al-Iqlab menurut bahasa ialah menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Menurut istilah ilmu Tajwid :Ialah menukarkan lafaz nun sukun dan tanwin kepada lafaz mim, lalu diikhfa’kan(disembunyikan) huruf mim di sisi huruf ba’ serta mengekalkan sifat dengungnya.
Untuk mengingati huruf Iqlab sangat mudah kerana hurufnya satu sahaja iaitu ba' sahaja. Jadi, apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu ba’, maka ia wajib ditukarkan menjadi mim pada lafaz bacaan dan tidak pada tulisan, kemudian diikhfa’kan(disembunyikan) di sisi huruf Iqlab iaitu ba’, serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat.
Makna ikhfa’ mim di sini bukanlah menghilangkan keseluruhan makhraj dan sifat hurf tersebut, tetapi adalah melemahkan dan menyembunyikan makhrajnya. Cara yang betul mengikut kaedah ilmu tajwid ialah dengan cara dua bibir direnggangkan sedikit dan menyempurnakan sifat dengungnya dua harakat.
Penting untuk saya jelaskan di sini tentang kesalahan bacaan Iqlab yang tidak tepat sepertimana yang dikehendaki mengikut hukum tajwid. Kebanyakan cara bacaan yang selalu digunakan ialah dengan merapatkan terus dua bibir. Bacaan ini sebenarnya adalah bagi hukum Idgham Mithlain Soghir.
Apabila anda membaca al-Quran Resam Uthmani, tanda yang digunakan untuk menunjukkan hukum bacaan tersebut Al-Iqlab ialah dengan diletakkan huruf mim kecil di atas huruf nun sukun. Manakala untuk tanda bacaan tanwin huruf mim kecil diletakkan sebagai pengganti baris yang kedua bagi tanda baris dua.

Doa untuk berlindung dari gangguan iblis & syaitan)
"Antara faktor keluarnya darah istihadhah & keguguran..adalah kerana masuk ke bilik air ketika azan berkumandang!!!..
Ketika syaitan & tenteranya berlari2 ke dalam tandas..ketika itulah juga kita menyertai mereka..masuklah ke dalam tandas sebelum atau selepas azan..
"Mengapa, ketika berwudhuk...mula solat..mula baca AlQuran..ketika itulah, anak-anak kecil kita mula bergaduh..menangis..mahu itu & ini"
Di situlah syaitan memainkan peranannya mengganggu melalui bisikan..'Mak tak dapat kacau..dapat anak pun jadilah..' Lalu para ibu sering jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat beribadah dengan khusyu'...
Maka amalkan membaca doa berikut: (doa yang Nabi SAW ajar kepada Hasan & Husin untuk berlindung dari gangguan iblis & syaitan)
Moga kita sentiasa dilindungiNya...
"Perkongsian Alfadhilah Ustazah Nor Hafizah Musa..Kelas Pengajian Fiqh Wanita Siri 3/2013 08 Mac 2013..12pm-1.30pm"

Harta dan anak-anak
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”,
(Surah Al-Kahfi: 46)
Anak yang baik, harta yang dibelanjakan dijalan yang baik adalah kekal menjadi hak milik kita.
Jom perbaiki bacaan Al-Quran kita.
Hubungi 019-266 2271 untuk maklumat lanjut
Antara kereta sport dan Al Quran
Antara kereta sport dan Al Quran
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum…si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan…satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang…si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima…sungguh…bukan itu yg kuhajatkan…dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah- olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya….
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan…amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak… ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya keras…al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya….
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan…namun hatinya tersentuh…
Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira-kira hari…telefonnya berdering…dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta…
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya…al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ …….mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan…tiba-tiba…jatuh sesuatu dari al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…
Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya…nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya…dibeli pada hari konvokesyennya… Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah… sepucuk warkah..tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku….air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang…namun semuanya sudah terlambat…
Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???

Subscribe to:
Posts (Atom)