Doa mohon dicukupkan keperluan
Firman
Allah yang bermaksud: Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar.
(at-Taubah: 129)
Keterangan ayat
Menurut Ibn Abi Hatim, perkataan arasy dalam al-Quran merujuk kepada
tempat yang tinggi yang dijadikan Allah. (Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir
ayat 129 surah at-Taubah)
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari
dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki arasy
yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal.
Abu Daud dan Ibn
al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi
SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang
sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan semua urusan dunia dan
akhiratnya. (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah at-Taubah)
No comments:
Post a Comment